bagi sesetengah anak anak remaja sekarang , mungkin sedang dilema masalah sosial atau masalah peribadi . mereka dibebani masalah yang berlainan di dalam kehidupan yang dibawa arus permodenan . mereka lebih memilih untuk memberontak daripada menghadapi secara tenang .masalah ini juga tidak seharusnya hanya diletakkan di atas bahu anak remaja .
contoh yang kita dapat lihat sekarang ,
apabila kesalahan mereka ditampak secara jelas oleh ibubapa mereka , ibu bapa lebih menjuruskan soalan yang berupa kekerasan . dan apabila soalan soalan yang mungkin berupa tuduhan anak anak bangun memberi penjelasan , dan apa yang diberi oleh ibu bapa ?
'kamu dah pandai menjawab ? mana belajar dari kawan sampah kamu ?' atau
'menjawab apa mama kata ?'
sedangkan jiwa anak muda ini sedang meronta ronta untuk mengelakkan diri lebih terluka .
apabila ibu bapa menanyakan soalan , dan anak anak ini tidak menjawab . padah menjelma kembali apabila ibu bapa mengatakan 'asal kamu diam ?' atau 'dah takde idea nk menipu ?'
mereka lagi sekali dihentam dengan tomahan yang lebih memilukan .
ibu bapa selalu menyatakan mahu menjadi rakan atau kata barunya ' best friend forver'
tetapi , bagi anak muda mereka masih tidak dapat menerima kerana bagi mereka , kalau kawan ,tidak akan makan kawan , kalau kawan tak akan tinggalkan kawan , kalau kawan mesti tahu perasaan kawan , kalau kawan mesti tahu masalah kawan .
tetapi dalam arus dunia globlisasi ini , ibu bapa lebih ghairah untuk mengejar kesenangan hidup . mereka lupa tentang tanggungjwab mereka .
apabila anak anak sedang menghadapi masalah , dan cuba melepas kan masalah dengan meminta nasihat ibu bapa , mereka mengendahkannya .
apabila anak anak salah langkah , baru lahh mereka baru nk tergadah .
dimana perginya erti kekeluargaan yang sebenar ? jika cara pengajaran di rumah melibatkan kehadiran 'props' terbaru iaitu penyangkut baju , tali pinggang , rotan malah paip air yang lebih parah digunakan ? dilempar , ditampar , dipukul , dirotan , dilibas ? adakah ini cara baru ? dari manakah datang nya semua ini ?
jika kesalahan anak adalah pertama kalinya , hendaklah diberi kesempatan untuk bertaubat dari kesalahan yang dilakukan atau memberinya kesempatan untuk meminta maaf tanpa memberikan hukuman dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan itu .
sebelum menjatuhkan hukuman , orang tua hendaklah memeriksa terlebih dahulu apa jenis kesalahan anak anak dan menghindari dari memukul terhadap kesalahan yang tidak sengaja dilakukan nya sebagaiman sabda rasulullah "janganlah kamu memukul anak kerana memecahkan wadah . sesungguhnya wadah itu memiliki batas akhir(ajal) sepertinya akhirnya ajal mu "
wahai ibu bapa , renung renungkan lahh , jangan disebabkan kelalaian diri , anak anak menjadi mangsa . kerana mulut badan binasa . jangan biarkan dunia anak anak dihurung perasaan dan pengalaman hitam . jadilahh mimpi indah mereka , bukan mimpi ngeri mereka .
-nuramirahshahnaz-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment